Tuesday, 27 December 2011
Introduction to storytelling

Student are required to write a rough short story based on the title given
“KUNCI”
Create a story and identify story genres

32 comments:

Muhammad Affiq Bin Hassbun said...

KUNCI

Cerita ini berkisah,zack mempunyai seorang datuk yang mempunyai perpustakaan di bawah tanah.Pada satu masa datuk zack meninggal,beliau telah mewasiatkan sebuah kunci khas dirumah datuknya.Apabila zack sudah dewasa,zack telah merungkai rahsia kunci yang diwasiatkan oleh datuknya dengan cara pergi kerumah datuknya yang meninggal dunia.Ketika dirumah datuknya,zack mencuba semua lubang kunci yang sesuai untuk kunci diwasiatkan oleh datuknya.Tiba-tibazack terjumpa sebuah perpustakaan dibawah tanah milik datuknya,tanpa sedari zack telah terserempak dengan seorang gadis misteri didalam perpustakaan,setelah 10tahun datuknya meningalkan kunci kepada zack.Misteri gadis itu terungkai apabila kunci yang diwasiatkan kepada zack sepadan dengan lubang kunci yang berbentuk di lengan gadis itu.Bermula lah kisah fantasi dimana zack terpaksa bekerjasama dengan gadis misteri itu mengunci semua roh-roh jahat yang terbebas akibat kecuaian datuknya dengan membuka buku ajaib.

Muhd Zhafir Bin kasim said...

~Kunci Pusaka~
Kunci pusaka yang dimiliki arwah nenek Ali,sering menghantuinya,semenjak ali tinggal di rumah arwah neneknya itu.Ali berasa takut untuk tinggal di rumah arwah neneknya itu,miski pun begitu Ali kuatkan semangat untuk terus tinggal disitu sehingga habis cuti semesternya dan disitulah bermulanya kisah misteri mengenai kunci pusaka nenek Ali dan menjadi buah mulut orang kampung.

Marlia said...

cerita yang bagus Affiq.penutup yang tak dijangka.idea boleh dikembangkan menjadi cerita fantasi-horror yang menarik.
tapi kalau boleh jangan mulakan penulisan dengan "cerita ini berkisah"..terus mulakan cerita dengan "Zack cucu sulong kepada...."
teruskan menulis lebih banyak cerita-cerita pendek utk dapatkan idea yang lebih bombastik!!:)

Marlia said...

Cerita pendek dan ringkas..bagus Muhd Zhafir..tapi struktur cerita kurang jelas. Permulaan cerita tergantung. Mungkin kamu boleh mulakan cerita dengan "Nenek Ali telah lama meninggal dunia. Dia telah meninggalkan segugus kunci pusaka dan kunci itu sering menghantui Ali semenjak dia mendiami rumah neneknya.."
Walaupun cerita yang kamu buat pendek, sekurang-kurangnya ada struktur cerita yang masih boleh difahami oleh pembaca..
teruskan menulis ya Zhafir untuk menjana lebih banyak idea yang kreatif..:)

syafiq nizar said...

-KUNCI-
Ini kisah aku,semuanya bermula disebabkan kunci.Kisahnya bermula bergini aku bekerja di sebuah syarikat majalah di bahagian pemasaran.Pagi itu aku bangun seperti biasa melakukan rutin harian dan bersiap untuk pergi bekerja.Setibanya aku di pejabat aku telah ditegur oleh majikan mengenai kertas kerja yang akan dibentangkan pada pukul 9 pagi ini.Kertas kerja itu amat penting kepada syarikat.Dalam pada masa itu aku baru teringat yang kertas kerja aku siapkan malam tadi aku letakkan di atas meja sebelum aku masuk tidur.Aku terus bergegas pulang ke rumah.Setelah tiba di rumah aku tercari-cari kunci rumah di dalam kocek seluar ku.Pada masa itu aku berasa sangat tertekan dan aku terus kembali ke pejabat untuk mengambil kunci.Setelah aku mengambil kunci tersebut aku terus pulang ke rumah.Jam pada waktu itu menunjukkan pukul 8.35 minit pagi.Apabila tiba di rumah aku terus mengambil kertas kerja tersebut dan kembali ke pejabat.Setiba di pejabat aku terus berlari menuju ke bilik mesyuarat.Jam pada masa itu sudah pukul 9.05 pagi.Aku berasa sungguh takut.Aku terus memasuki bilik mesyuarat tersebut dan aku di beritahu perbentangan itu di tunda pada pukul 10.Aku berasa sungguh gembira dan hati kembali tenang...sekian.....

Muhammad said...

-Klu Dan Kunci-

Disebuah bandar Metropolitan yang pesat membangun telah digemparkan dengan seketul bom Atomik yang akan meletup dalam masa 3 jam dan berita tersebu telah membuatkan seluruh pakar pemusnah bom turun untuk memberhentikan letupan bom tersebut.Dengan masa yang singkat pakar pemusnah bom bertungkus-lumus memberhentikan bom tersebut tetapi tidak juga berhasil,ia masih menjadi tanda tanya bagi pakar pemusnah bom yang sudah pastinya berpengalaman sebelum ini.Tiba-tiba
bom tersebut menghantar data yang menyatakan bahawa klu tersebut ialah 'Pintu dibuka melalui apa dan pencuri masuk tanpa diduga'.Klu tersebut membuatkan pakar pemusnah bom tercari-cari dengan pelbagai alatan dirumah dan perabot rumah.Ketika pakar pemusnah bom tersebut sibuk membuka kod dan salah seorang dari pakar pemusnah bom tersebut telah diambil perhatiannya oleh seorang lelaki yang menutup pintu rumahnya tanpa mengunci rumah dan selang beberapa minit datang seorang lelaki yang tidak dikenali membuka pintu rumah tersebut dengan mudah dan dari situ pakar pemusnah bom tersebut mendapat kod bom tersebut.Dengan hanya tinggal 3 saat ia menaip kod 'KUNCI' tapi masa masih bergerak ia membuatkan pakar pemusnah bom bergegas keluar dari kawasan tersebut dan pakar pemusnah bom melihat jam pada tangannya,waktu sudah tamat dan semua pakar pemusnah bom gembira dengan kejayaan tersebut......

Naff » acoustic said...

Kunci

Johan belajar di sebuah kolej dan dia tinggal di asrama . Pada cuti Raya Cina , semua pelajar pulang ke kampung halaman kecuali Johan dan beberapa pelajar lain . Pada waktu petang , Johan berjalan-jalan di kolejnya dan ternampak sebuah kunci yang agak ganjil rupanya . Johan mengambil dan membawa kunci itu pulang ke biliknya . Pada malamnya , Johan menonton filem di komputer ribanya . Tiba-tiba dia teringat tentang kunci ganjil yang dijumpai pada petang tadi . Johan berfikir seketika tentang kunci itu dan teringat sebuah pintu yang terkunci dan tidak pernah terbuka di kolejnya . Dengan segera Johan pergi ke pintu itu dan cuba membuka pintu itu memgunakan kunci yang dijumpai . Dia berjaya membuka kunci pintu itu dan betapa terkejutnya Johan apabila cahaya yang sangat terang terpancar di sebalik pintu itu . Johan tergamam seketika apabila dia melihat sebuah taman yang sangat cantik dan seorang puteri yang cantik umpama bidadari . Puteri itu membawa Johan ke kediamannya di kaki bukit berhampiran air terjun . Kampung itu dipenuhi dengan orang-orang yang beradab dan sopan-santun . Johan mengambil keputansan untuk tinggal di kampung itu setelah puteri itu menerima lamarannya .

Sekian dari saya Muhammad NorNaafi' Bin Mohamad Zahidan .

af6 said...

Cerita tentang Kunci Motor & Road tax

Ada la satu hari, aku dengan agak cuai dengan berlagak selambe mencicirkan road-tax motor di suatu tempat yang aku tak pasti, tak ingat serta dengan beberapa lagi alasan lagi yang dikepilkan bila kawan-kawan bertanya kenapa road tax aku hilang.Cerita bermula begini. Aku penuh dengan konfiden mengatakan road tax aku tersimpan kemas didalam jaket. Dan bila pada satu hari yang mana aku tiba-tiba ingin gunakan road - tax aku telah menyembunyikan diri. Aku pasti Bukan aku yang hilang kan.Kerana seingat aku, road tax tersebut telah tersimpan rapi dijaketku. aku sangat jelas.Tapi tu lah, road tax tersebut terus-terusan menyembunyikan diri. Aku mengambil masa 2 hari untuk mencari sambil hati yakin mengatakan road tax berada di beberapa lokasi yang kuharapkan tercicir.Berpeluh mencari dalam rumah. Tidak ketemui dan aku pening memikirkan tentang kunci aku,kerana kunci itulah yang bersama ku setiap hari.Setelah masuk hari ketiga aku mencari tidak jumpa juga,aku pasrah dan ingin membuat road tax baru dan kunci baru.Tetapi bila aku ingin memakai baju untuk pergi ke pejabat pos ingin membuat road tax baru aku ternampak sesuatu yang terselik di bahagian laci almariku.Apabila aku cuba menarik laci tersebut aku bersyukur pada ilahi kerana kunci itu berada dalam laci itu.Padahal laci itu,aku selalu meletak dompet aku.Kenapalah aku boleh terlupa pasal laci itu pula.Biasalah.manusia mudah terlupakan.

sekian dari saya.
mohamad afnan bin mohd rasdi
FA 01120114
i/c:930629035237
no fon:013-9298011(lau ada masalh boleh call ye muahaha)

af6 said...

cayalah mat , style giler :)

mohd khairul naim said...

Kunci : kunci Strategi untuk mencapai kejayaan.

Kejayaan merupakan sesuatu yang sentiasa dikejar oleh kita dalam kehidupan seharian. Demi mendapatkan kejayaan,kita mungkin akan berusaha berlipat kali ganda daripada orang lain,kita juga sanggup mengeluarkan wang ringgit yang banyak demi mendapatkan ilmu pengetahuan yang dapat membantu kita mencapai kejayaan. Dengan adanya kejayaan, kita akan merasa bangga dan berpuas hati. Kehidupan kita menjadi bahagia dan mendapat penghormatan daripada orang ramai. Orang yang berjaya juga akan mendapat sokongan dan penghormatan daripada pelbagai pihak. Sudah tentu orang yang paling bahagia ialah ibu bapa. Mereka akan merasa terharu dan gembira apabila melihat kejayaan yang dicapai oleh anak-anak mereka. Memandangkan kejayaan begitu penting dalam kehidupan kita,maka ramai yang ingin mengetahui jalan untuk mencapai kejayaan. Oleh demikian, saya ingin berkongsi pengetahuan dalam pengalaman tentang bagaimana mencapai kejayaan dalam kehidupan. Terdapat “Beberapa Elemen Untuk Mencapai Kejayaan” yang menjadi asas dalam kehidupan yang boleh membawa kita kepada kejayaan. Sebenarnya elemen yang boleh membawa dalam kejayaan melebihi 5 elemen,tetapi saya ketengahkan 5 elemen ini adalah asas dalam kehidupan kita. Yang pertama adalah matlamat,setiap kejayaan bermula dengan matlamat. Tanpa matlamat adalah sukar untuk mencapai kejayaan. Matlamat merupakan suatu daya usaha yang memulakan langkah kita menuju ke arah kejayaan. Dengan adanya matlamat kita akan mula bertindak dengan mengambil langkah-langkah yang sesuai, mengatur strategi dan membuat perubahan dalam menuju destinasi kita. Matlamat juga menjadi pendorong utama kita dalam memilih jalan yang ingin kita tuju. Yang kedua pula ialah keyakian, keyakinan ialah semangat yang terbina daripada kepercayaan terhadap kebolehan kita melakukan sesuatu aktiviti. Semakin kuat kepercayaan diri kita terhadap keupayaan kita melakukan sesuatu perkara, semakin kuat keyakinan kita. Kerana adanya keyakinan, kita dapat melakukan tugas harian dengan lancar dan baik. Sekiranya keyakinan bercampur dengan keinginan, ia boleh menjadi satu penggerak bagi badan kita. Kadangkala, kita mempunyai matlamat tetapi tidak mempunyai keyakinan diri dalam melaksanakan matlamat tersebut. Keyakinan dapat mengelakkan kita daripada membuat kesilapan. Yang ketiga pula adalah pengorbanan, setiap kejayaan pasti memerlukan pengorbanan. Pengorbanan tenaga, masa dan juga wang. Ramai orang mencapai kejayaan dan kecemerlangan yang hanya dapat melihat hasil kejayaannya tetapi tidak melihat disebalik kejayaan tersebut sebenarnya, memerlukan satu pengorbanan yang besar. Tanpa pengorbanan tidak mungkin ada kejayaan. Yang keempat pula adalah belajar daripada kegagalan, setiap orang pasti akan menghadapi kegagalan dalam menuju kejayaan, seorang mungkin akan mengalami kegagalan lebih daripada satu kali. Ini bukan bermakna kita gagal selama-lamanya. Jika kita mempunyai sikap tidak putus asa, cuba dan terus mencuba, akhirnya kejayaan akan menjadi milik kita juga. Yang kelima pula adalah pengurusan masa dan wang. Masa dan wang ialah dua unsur yang penting dalam kehidupan. Hanya orang yang pandai mengurus masa dan wang sahaja akan mencapai kejayaan dalam masa yang singkat. Pengurusan masa selain membolehkan kita mencapai kejayaan dalam masa yang kita tetapkan juga membolehkan kita mengisi masa lapang dengan kerja-kerja berfaedah. Ramai orang selalu merasakan masa tidak mencukupi sehingga mengambil masa tidur mereka untuk melakukan aktiviti kesukaan mereka. Ini menyebabkan mereka tidak cukup tidur, mengantuk pada waktu kerja dan belajar. Tidak dapat menumpukan perhatian dan sebagainya. Kejayaan seseorang itu banyak bergantung pada dirinya sendiri dan bukannya orang lain. Untuk berjaya maka kita perlu berusaha untuk mencapainya.

(saya mohd khairul naim bin baharuddin)

Fauzan Azima Mohd Hamdy said...

Kunci Penyeruan

Wujudnya beberapa kunci sihir yang dapat menyeru roh yang mempunyai kelebihan yang berbeza. Kunci ini membolehkan pengguna membuka pintu gerbang roh dan mengarah roh tersebut melakukan apa saja yang dikehendakinya. Pengguna mesti membuat perjanjian terlebih dahulu dengan roh didalam kunci tersebut. Antara kelebihan kunci sihir ini termasuklah membolehkan pengguna mengarah roh tersebut meniru rupa dan kebolehan orang yang dikehendaki. Ada juga kunci yang mempunyai kuasa elemen alam seperti air dan angin. Setiap kali kunci digunakan, tenaga dalaman pengguna akan diserap bagi membolehkan roh muncul di alam nyata. Pengguna akan mati jika menggunakan lebih dari dua kunci pada masa yang sama. Terpulang kepada pengguna itu sendiri samada untuk menggunakannya kearah kebaikan mahupun kejahatan.

sharifah farah akmal said...

Kunci Kejayaan

Setiap orang mempunyai matlamatnya masing-masing. Begitu juga dengan aku. Aku sebagai pelajar institusi pengajian tinggi menanam matlamat dan harapan yang tinggi supaya perkara yang aku impikan selama ini tercapai.
Aku ada seorang kakak yang telah tamat dalam pengajian. Kini beliau telah berjaya ke peringkat kerjaya. Aku sering bertanya,apakah kunci kejayaan yang beliau berjaya sampai sekarang. Aku mendapat reaksi dari beliau dan beliau memberitahu aku, kita perlulah selalu yakin dan bersungguh-sungguh dalam membuat sesuatu perkara,terutama sekali dalam pelajaran. Tambahnya lagi, kita perlu yakin akan diri kita ,tidak perlu ada rasa sangsi dalam membuat sesuatu. Perkara yang penting di sini, mestilah kuatkan iman. Kita perlu saling hormat menghormati antara satu sama lain. Hal ini demikian ,dengan adanya perasaan sebegini, dengan izin-Nya,kehidupan kita akan bertambah berkat. Terutama kepada ibu bapa kita. Beliau juga menasihati aku sekiranya apa yang di ajar oleh tenaga pengajar tidak dapat difahami,segeralah bertanya. Ini untuk menguatkan lagi kefahaman kita bagi menyiapkan setiap tugasan yang diberikan dengan mudah. Bermula di situlah, aku terus bermusabah diri, aku akan pastikan apa yang aku idamkan selama ini akan dapat aku genggami.

Rinkifuka_miya said...

Fatin Nursyamira Kamarulzaman
KUNCI KEPADA KEBAHAGIAAN

Setiap manusia mempunyai pendapat dan tafsiran sendiri tentang persoalan 'kunci',ada yang mengatakan kunci itu adalah kunci kepada kehidupan,kunci kepada kejayaan dan kunci kepada usaha diri sendiri.Tetapi tidak bagi Mona,gadis yang pemalu,jujur,naif,dungu dalam percintaan dan bertudung litup ini tidak mempercayai perkataan 'kunci' itu sendiri kerana bagi dirinya,'kunci'itu tidak wujud di dunia ini.Bahkan,dia mempunyai sejarah silam tentang percintaan yang dia telah alaminya sendiri.Habis madu sepah dibuang.Itulah perumpamaan yang sesuai bagi lelaki yang telah meninggalkan dia untuk bersama-sama dengan wanita yang lain.Dirinya tidak terurus dan terumbang-ambing dek pemuda yang bernama Nizam,lelaki yang memperalatkan dan mempergunakan Mona untuk mendapatkan wang persaraan bagi memuaskan kehendak teman lelakinya.Kadangkala,teman lelakinya akan memukul dan menendangnya jika dia tiada wang untuk diberi kepadanya.Seringkali Mona akan lewat untuk pergi ke kerja kerana ingin menyembunyikan kesan-kesan lebam di wajahnya akibat penderaan yang telah dilakukan oleh teman lelakinya dengan menutup perbuatannya melalui penggunaan alat solek.Kadangkala,Mona ditegur oleh rakannya yang bimbang akan dirinya yang kusut dan tidak bermaya.Akibat daripada terlalu murung,dia telah pitam di tempat kerjanya dan dibantu oleh seseorang yang bernama Ezan Alim iatu rakan sekerjanya.Dia mempunyai badan yang tegap,tinggi lampai orangya,berwajah manis dan berperwatakan seorang yang matang.Dia meminta Mona supaya menceritakan segala-galanya dirinya dan cuba untuk menolongnya dengan menawarkan dirinya sebagai suami kapadanya namun telah ditolak oleh Mona kerana dirinya masih terdapat perasaan kepada teman lelakinya itu.Mona tidak henti-henti dilamar oleh Ezan,pemuda yang menaruh perasaan kepadanya.Setaip hari ada sahaja modus operandinya seperti memberi seratus kuntum bunga mawar,coklat yang diimport dari luar negara dan sebagainya.Namun bagi Mona,Nizam sahaja yang sempurna di matanya.Akan tetapi,terdetik satu perasaan suka di dalam hati Mona dan rahsia hatinya telah terbongkar apabila teman lelakinya terdengar perbualan diantara Mona dengan seorang lelaki dan sekaligus menyebabkan Nizam mengamuk terhadap Mona dengan bertindak memukul,menarik,dan membelasahnya sehinggalah Ezan datang ke rumah Mona bersama-sama dengan polis untuk menangkapnya.Nizam telah ditangkap oleh polis dengan tuduhan penderaan dan cubaan membunuh.Manakala berkat Tuhan Yang Maha Esa,kunci kepada kebahagiaan antara Mona dan Ezan Alim membawa mereka ke gerbang perkahwinan.

fitrihakim said...

Bagaimana hendak Berjaya “kunci”

Kunci atau ianya juga boleh dikategorikan sebagai ‘aset’ yang amat berharga dalam diri manusia . kunci paling benilai adalah ‘kunci kejayaan’. Ianya akan diperoleh jika kita berusaha dengan hati yang ikhlas serta tanpa paksaan dari sesiapa . Jika kita bertanyakan kepada tokoh kejayaan apakah rahsia kejayaan beliau, beliau akan berkata “ kejayaan saya datang dari usaha yang gigih , doa ibubapa dan pertolongan dari Allah S.W.T serta tawakal“. Kunci kejayaan itu datang dari diri kita sendiri . Jika kita ingin meraih sesuatu kita haruslah cuba sedaya upaya tanpa berputus asa . Antara kunci kejayaan adalah menumpukan sepenuhnya terhadap sesuatu yang dilakukan . Memperbanyakkan pertanyaan terhadap soalan yang dirasakan ‘berhantu’ dengan cara itu ia dapat menambahkan keyakinan diri pada setiap individu tersebut . Dorongan dari ibubapa amat penting . Jika kita berjaya tiada siapa yang lebih gembira selain dari kedua orang tua kita sehingga mereka menitiskan air mata kegembiraan melihat anaknya sendiri memperoleh kejayaan .

Mohamad fitri hakim bin zahudin(inspector)
FA01120118

Adib said...

Adib
AKIBAT TERTINGGAL KUNCI RUMAH

Kisah sepasang suami isteri yang bisu. Al kisahnya begini pada satu pagi si suami ke tempat kerja menumpang kawannya kerana keretanya rosak. Apabila waktu pulang kerja lebih kurang jam 9.00 malam kawannya telah menghantar beliau pulang ke rumah. Setelah sampai beliau turun dari kereta, kawannya itu terus memecut pergi. Ketika mahu membuka pagar rumahnya baru beliau teringat yang kunci rumahnya dan telefon bimbit tertinggal dalam kereta kawannya.
Lalu si suami bisu ini telah memanjat pagar rumahnya. Si isteri telah ternampak kelibat orang lelaki yang memanjat pagar melalui cermin rumahnya lalu beliau terus lari mengunci dirinya dalam bilik di tingkat atas rumahnya akibat ketakutan. Setelah itu si isteri berasa yang pintu rumahnya di ketuk dengan kuat. Beliau mula berasa amat takut. Akibat perasaan takut yang menghantuinya beliau dengan nekad membuka tingkap biliknya dan terus terjun ke bawah.
Apabila si suami mengetuk pintu tetapi tidak mendapat maklum balas lalu beliau merasakan isterinya tiada di rumah kerana ke rumah ibunya. Lalu si suami pun menaiki teksi ke rumah ibu mertuanya untuk mengambil isterinya tetapi apabila sampai di sana dimaklumkan isteri tiada di situ. Si suami mula gelisah lalu mengajak anggota keluarga isterinya pulang sama ke rumah untuk mencari si isteri yang hilang.
Setelah mencari akhirnya mereka terjumpa dengan si isteri sedang bersembunyi di sebalik pokok di belakang rumahnya yang sedang menahan kesakitan akibat patah kaki kerana terjun dari tingkat satu. Si suami menangis memohon maaf dan berjanji perkara begini tidak akan berlaku lagi.

CT Anisah said...

Pagi menjelang tiba,nazmi bergegas keluar dari rumahnya untuk pergi bekerja. Nazmi merupakan adik kepada kakaknya yang bernama Sarah,fikirannya kini berserabut dan marah memikirkan tentang kejadian bunuh yang berlaku beberapa hari lepas. Kejadian di mana Sarah yang ditemui mati dalam kejadian yang mengerikan. Dalam siasatan,Sarah mempunyai kesan jerutan di leher namun bahan bunuh tidak dapat dijumpai.
Nazmi mengambil keputusan untuk menyiasat orang-orang yang berhubungkait dengan kakaknya. Untuk menyelesaikan kes Sarah,Nazmi perlu mencari kunci kepada segala jawapan bagi merungkai kejadian yang berlaku.setelah lama menyiasat dia berjaya menyelesaikan teka-teki pembunuhan tersebut. Dia kemudian bergegas untuk mencari penjenayah yang membunuh Sarah untuk menanyakan sebab Sarah dibunuh. Setelah Nazmi menjumpai pembunuh tersebut,dia mendesak pembunuh tersebut untuk memberitahu kebenaran. pembunuh tersebut kemudian memberi nota yang ditinggalkan oleh Sarah yang menyatakan "maafkan aku...aku tidak dapat bersama dengan kau lagi.." rupanya Sarah dan si pembunuh merupakan sepasang kekasih namun si pembunuh menghidap penyakit psiko dan tanpa dia sedari dia telah membunuh Sarah dalam keadaan separa sedar,setelah dia sedari akan kematian Skakanya itu dia menyesali tindakannya. Setelah membaca nota tersebut dalam hatinya bersungut bahawa walaupun kunci kepada segala jawapan yang dicarinya telah terungkai namun perasaannya menyatakan tidak puas hati dengan jawapan yang diperolehinya,Nazmi tidak dapat menerima hakikat kematian kakaknya dalam keadaan yang sangat menyedihkan berpunca dari kekasihnya yang psiko. Nazmi kemudian melepaskan perasaan tidak puas hatinya dengan membalas dendam terhadap si pembunuh dengan cara menjerut lehernya sehingga mati kemudian menggantung mayat pembunuh di satu jambatan tinggi. Setelah berjaya membalas dendam Nazmi berjalan pergi dari mayat pembunuh tersebut sambil ketawa besar.

Unknown said...

Azizan'Afi Bin Kamarulhadi
FA01120110
910317-01-5765

Raksasa

Helary masih berlari. Malam sebelumnya rasa begitu lama. Sekarang sudahpun subuh. Dia menoleh kebelakang. Tiada siapa. Hatinya lega seketika. Langkahnya laju menuju kearah sebuah tempat letak kereta bawah tanah yang terbiar. Dia menarik nafas. Tempat usang dan gelap itu adalah tempat perlindungannya untuk seketika. Tak lama. Dia tahu. Helary menyeluk saku jaketnya. Kunci pemberian Mira. Ia masih disitu. Dia menggenggamnya. Masa ialah sesuatu yang dia tak punyai. Dia teringat bagaimana semua kegilaan ini bermula. Dia teringat payung merah Mira. Malam semalam dia berjumpa gadis cantik bernama Mira, dikejar oleh orang-orang bersenjata api yang tak dikenalinya, melihat Mira dibunuh didepan matanya dan terus berlari melintasi bandar gila ini, semua kerana kunci yang diberikan Mira kepadanya. "Hantarkan kunci ini kepada Lee di ghetto selatan bandar ini", amanah terakhir seorang perempuan yang tak berapa dikenalinya terngiang-ngiang di dalam kepalanya. Bunyi kereta. Helary tersedar dari lamunannya. Dia kenal bunyi enjin itu. Seakan-akan bunyi raksasa yang mengekorinya sepanjang malam. Bunyi tapak kasut menghampirinya. Dia mencapai Revolver di pinggangnya. "Bukan sekarang!", bisik hatinya.

BANG!

fais_lensa.blogspot.com said...

Karena Kunci

Jam menunjukkan pukul 7.30,Loceng mula berbunyi krrrrriiiinngg!! menandakan waktu masuk ke dalam kelas.Setapak demi setapak aku melangkah masuk ke dalam kelas,ku lihat rakan-rakanku melihatku seakan-akan aku murid baru di dalam kelas.Aku sangat hairan lalu pergi ke tempat duduk aku sambil mengangkat beg di bahu dan meletakkanNya di atas meja. Perasaan ku mula tidak selesa.Seakan ada yang tidak kena dengan diriku.Aku buntu,Runsing serta tertanya-tanya pada diriku apakah yang telah berlaku sambil tangan ku meraba-raba seluruh badanku.Aku menjumpai sesuatu benda keras lalu menyeluk ke dalam poket seluarku dan seterusnya mengeluarkanNya dari poket tersebut.Aku berasa terkejut menemukan kunci rumah.Aku terlupa memberikanNya kepada ibu di gerai.Aku betul-betul terlupa.Biasanya ibu pulang ke rumah seawal jam 9.00 pagi.Hatiku mula gelisah tidak menentu,risau ibuku tertunggu-tunggu akan aku ke gerainya menghantar kunci rumah.Jam menunjukkan pukul 07.35 pagi.Cikgu tidak kelihatan lagi.Rasa hendak pulang sahaja ke rumah memberi kunci rumah kepada ibu.Selang beberapa minit kemudian cikgu telah masuk,Semua murid bangun dan mengucapkan assalamualaikum kepada cikguku.Nama cikgu itu ialah cikgu kamal.beliau mengajar subjek mathematics.Aku sangat senang belajar denganNya kerana cara belajarnya sangat mudah di fahami oleh murid-murid yang lain.

Saat cikgu kamal mengajar di hadapan,Aku sedang mengelamun memikirkan apakah ibuku tertunggu-tunggu di gerainya.Aku berasa tidak selesa dengan tangan ku yang memegang kunci yang berwarna silver keemasan.kunci ini hanya ada satu sahaja di rumah.Jam di tanganku menunjukkan pukul 09.30 pagi.Semakin cepat masa berjalan,semakin gementar rasanya aku. Takut pulang dari sekolah nanti di marahi ibu.Sebentar lagi pukul 10.00 waktu rehat,ini sahaja peluang ku untuk pulang ke rumah seketika memberi kunci rumah ini kepada ibu. KkKkrRrRiiiiiingg!!!! loceng menandakan waktu rehat.Aku bergegas keluar dengan memanjat pagar sekolah kerana waktu sekolah murid tidak dibenarkan keluar.Aku tidak menghiraukan kenyataan itu dan pergi mengambil basikal ku dan segera pulang ke rumah.Aku hanya ada masa 30 minit masa pergi dan juga balik.Tiba di rumah,aku memanggil ibu tapi tiada kedengaran suara ibu membalasnya. Motor yang di tunggang ibu kelihatan di rumah.Aku pergi ke rumah jiran ku melihat ibu ada di sana dan terus ke arah ibu.Ibu telah memarahiku kerana tidak meninggalkan kunci rumah di gerainya.Aku terus memberi kunci rumah itu kepada ibu dan Aku meminta maaf kepada ibu dan berjanji tidak mengulangi kejadian itu kembali.Jam di tanganku menunjukkan pukul 10.15.Aku tidak sempat rehat lalu mengambil basikal dan beredar serta mengayuh basikal sepantas kilat ke sekolah.

Setibanya aku di sekolah,Aku terdengar bunyi loceng dengan segera aku memanjat pagar sekolah lalu berlari menuju ke kelas.Setibanya di kelas aku terkejut apabila melihat cikgu koh kian long telah masuk dan mula mengajar.cikgu koh mengajar subjek bahasa inggeris.Aku terasa takut hendak memasuki kelas.Selang beberapa minit aku memberanikan diri masuk ke dalam kelas.Aku mengetuk pintu lalu memberi salam.Rakan-rakanku melihat ku.Tiba-tiba Cikgu koh bertanyakan kepadaku,ke mana kamu pergi?.Aku menjawab 'saya sakit perut cikgu.maaf kalau saya lambat masuk ke dalam kelas'.Lain kali cikgu tidak benarkan kamu masuk ke dalam kelas.faham kamu?.Faham cikgu.Lalu aku duduk di tempat aku.Kerana sifat lupaku,aku dimarahi cikgu dan juga ibuku walaupun ianya hanya sekeping kunci.Aku berjanji tidak mengulanginya lagi dan menghilangkan sifat pelupa aku itu.

syakira said...

nor syakirah bt ahmad

KUNCI

Dalam kesibukan melayari kehidupan,sudah pasti antara kita ada yang melupakan sesuatu yang perlu di ingati. Tidak hairanlah di mana,siapa atau sebaliknya. Bila di fikirkan semula tak perlu lah kita nak ingat semua benda yang tidak berkaitan dengan kehidupan kita. Tapi dalam banyak-banyak benda yang kita perlu ingat ialah KUNCI. Mesti hairan kan? Tiada apa yang nak di hairankan lah. Cuba fikir,waktu bila, di mana,untuk apa kita menggunakan kunci tu. Jawapannya mestilah waktu kita mengunci rumah,kereta,bilik,laci dan paling penting hati kita ini. Haha.Lucu juga jawapan yang terakhir tadi kan? Tapi itulah hakikat yang sebenarnya tahu. Untuk rumah,kenapa perlu kita kunci? Sebab rumah ku syurgaku. Pernah dengarkan kata- kata tersebut? Sudah tentu lah. Dah di ibarat macam syurga mestilah kena kunci elok-elok. Kalau tidak,rumah yang di ibaratkan macam syurga itu nanti akan jadi macam sugar sahaja. Haha,tetap lucu kan? Seterusnya alasan kedua pula, iaitu kereta. Kenapa kereta perlu di kunci sentiasa? Sebab kereta tu kita beli bukan pakai daun. Kalau beli pakai daun,alamatnya tak payah la kita susah-susah buatkan kunci. Betul tak? Antaranya lagi waktu kita nak keluar bilik. Tak kisah lah bilik tidur ke, bilik belajar ke,asalkan bilik. Tahu tak sebab apa kena kunci semua itu? Sebab bilik itu semua milik kita. Kalau bilik kita belajar tak berkunci nanti bilik itu jadi sarang tebuan. Tahu tak kenapa? Al maklumlah budak-budak zaman sekarang pantang ada bilik kosong,mulalah. Bukan buat apa pun,tarik bangku,tarik meja buat kerja gila. Bersembang benda tak berfaedah,bunyi pula macam tebuan hisap madu. Bayangkanlah. Ketiga pula kita perlu kunci laci. Sebab sekurang-kurangnya kalau kita tak kunci pintu,laci dah di kunci kan? Selamat lah sikit barang-barang kita dekat dalam laci itu. Tambah- tambah lagi macam datin-datin atau cik Kiah Propa kan,banyak harta tahu. Kalau tak di kunci,melopong lah jawapnya. Bak kata pepatah,menangis tak berlagu. Sedihnya. Yang terakhir ialah hati. Mesti semua tak tahu kan kenapa kita perlu kunci hati kita ini? Sebab kadang-kadang hati lah punca segalanya. Nak lebih jelas lagi,bila kita jumpa seseorang mesti hati kita cepat saja tetarik kan? Pantang ada yang lebih sikit,mulalah. Orang selalu cakap dari mata turun ke hati. Tapi tak tahu bila boleh bertahan. Elok-elok turun ke hati takut pula makan kaki. Faham- faham sudah. Untuk kesimpulannya,KUNCI lah segala-galanya sebelum terlambat. Bukan apa ya,takut nanti merana diri. Renung-renungkan dan selamat mengunci.

aL pacinO(Amirul shafiq) said...

Ini merupakan pengalaman nyata aku beberapa tahun yang lalu, saat aku menjaga kunci rumah tuanku, untuk mengambil barang yang tertinggal di rumahnya, dan rumah tersebut terletak tidak jauh dari rumah yang aku tinggal.
Akhirnya aku pun sampai di lokasi tujuan, aku memandang sejenak rumahnya yang terkunci oleh sebuah mangga sederhana. Dengan erat dia menjaga pintu tersebut, di saat itulah aku menyedari kunci yang aku pegang telah hilang.
Disebabkan paniknya, aku dengan kehilangan kunci tersebut, aku mencuba membukanya dengan sebuah tukul besar, dengan segenap tenaga yang tercurah, tapi tetap saja tak mampu membuka mangga tersebut.
Kemudian, aku ternampak sebuah kunci kecil dan mencuba Dengan ringan kunci itu berputar. Terdengar satu suara ringan, ‘klik’ & terbukalah mangga itu.
Dalam hatiku, mungkin si tukul akan terfikir atas kejadian ini,terus bertanya, “Mengapa aku yang setengah mati mengerahkan tenaga tidak dapat membukanya tapi kamu yang kecil dengan mudahnya membuka?”
Kunci menjawab, “Itu karana aku memahami isi hatinya.”
Hati setiap manusia ibarat “pintu yang bermangga”!
Maka, “tukul sebesar manapun” pun tak dapat membukanya.
Setiap hari adalah Indah maka simpanlah 4 kunci yang selalu ada padamu untuk membuka pintu hati orang lain
Kunci yang pertama, gunakanlah “SENYUM ” untuk mereka yang terluka
Kunci yang kedua, gunakanlah “SYUKUR” untuk apapun yang kau peroleh saat ini
Kunci yang ketiga, gunakanlah “KASIH” yang ada dalam diri kita, untuk sesama manusia.
Kunci yang terakhir gunakanlah “CINTA” untuk menjalani sepanjang hidupmu, untuk hal yang kau cintai.
Keempat kunci tersebut akan mengubah kita menjadi sebuah “kunci kecil” yang akan dapat memahami & membuka pintu hati orang lain.

aL pacinO(Amirul shafiq) said...

Amirul shafiq

Atiqah Harun said...

Saat aku pulang dari rumah kawan aku Ayuni, aku melalui sebatang jalan yang agak sunyi untuk aku pulang ke rumah. Sewaktu aku melalui jalan itu aku terlihat kelibat seseorang yang telah mencampak sesuatu ke dalam lonkang di jalan itu. Setelah kelibat orang itu hilang dari pandangan, aku lantas pergi melihat ke arah longkang itu, aku melihat sesuatu yang bersinar-sinar di dalam longkang tersebut. Apabila aku cuba untuk mencapai benda itu, aku telah terjatuh ke dalam longkang itu.Saat aku terjatuh ke dalam longkang itu aku tidak tahu mengapa aku melihat keadaan longkang itu kelihatan besar pada pandangan mata kasar aku. Air longkang itu tiba-tiba menjadi amat deras dan aku dengan bersama-sama barang yang bersinar itu telah dibawa oleh arus yang deras itu. Aku melihat keadaan longkang itu berubah dengan begitu cepat sekali seakan-akan telah disihir untuk kelihatan seperti sekarang. Longkang yang tadiny kelihatan penuh dengan sampah telah berubah cantik, longkang itu kelihatan seperti sebuah singgasana persis seorang puteri. Dan barang yang bersinar-sinar itu adalah segugus kunci yang telah memilih aku untu menjadi puteri di singgasana itu, dan telah datang kepada aku seorang lelaki yang aku lihat seperti seorang putera raja. Benar la sangkaan aku bahawa lelaki itu adalah putera raja yang telah memilih aku untuk menjadi permaisuri di singgasana itu. Barang yang bersinar-sinar itu adalah kunci kepada kebahagian aku. Barulah aku tahu selama ini wujud sebuah kerajaan pemerintahan putera raja itu di bawah longkang tersebut. Aku telah dibawa pergi oleh putera itu dan menjadi salah seorang penduduk di alam itu.
Sekian sahaja dari saya.

Marlia said...

syafiq nizar...kisah kamu menarik.cuma akan lebih menarik lagi jika kamu letakkan konflik.akhir cerita bila karektor dapat tahu yang mesyuarat ditunda pada pukul 10, sepatutnya karektor akan berasa sedikit beremosi, mungkin rasa ingin menjerit dan seterusnya barulah karektor berasa lega..
teruskan menulis syafiq nizar utk menjana lebih idea2 yg creative..:)

Marlia said...

apanya yg style giler tu afnan??..:)

hai muhammad..cerita kamu juga menarik. kamu mggunakan genre sci-fi dan berbeza gaya penulisan dari rakan2 yang lain. menariknya cerita kamu bila kamu masukkan klu, membuatkan audience rasa cemas. cuma kata2 atau perkataan yang digunakan utk klu tersebut terlalu mudah utk disingkap oleh audience. penghujung cerita kalau kamu ubah sedikit cerita dan jadikan klimaks tu lebih dramatik, sya rasa cerita ni lagi menarik.
apapun...teruskan menulis dan menaip muhammad..jana lebih banyak idea2 yg creative..:)

Waliyuddin Al-Fahmi said...

Dikampung Pulau Ketam yang tidak beberapa jauh dari tempat rumahku terdapat sebuah masjid dimana tempat aku mencari ketenangan jiwa dan tempat aku menghiburkan hati. Pada siang hari aku bekerja dan pada malamnya aku ke situ. Sebelum tibanya waktu maghrib aku sudah bersiap-siap untuk pergi masjid itu. Dengan pakaian dan hati yang bersih aku bertolak ke masjid itu dengan perasaan yang cukup tenang. Anak Kunci Syurga. Itulah nama kitab yang dibaca oleh seorang ustaz yang menjadi idolaku. Ustaz Azhar namanya. Ustaz yang sangat menghiburkan hatiku. Malah semua orang sangat suka akan kuliahnya. Celotehnya cukup mencuit hati bagi sesiapa yang mendengarnya. Tapi aku bukan selalu dapat mengikuti semua kuliahnya kerana dia juga mengadakan kuliahnya di tempat lain seperti luar dari negeri kelahiranku. Bagiku mendengar kuliahnya adalah satu ketenangan. Malah ketenangan ini akan membawa aku ke akhirat. Iaitu satu tempat yang jauh lebih menenangkan bagi sesiapa yang dipilihNya. Mereka akan kekal disana dengan hidup yang bersenang lenang. Hidup di atas bumi Tuhan ini kita perlu berusaha ke arah itu. Ia ini jalan mencari keredhaan Allah. Kuliah agama merupakan makanan kepada rohani. Seumpama jasad memerlukan makanan untuk hidup. Amat sempurna hidup seseorang itu sekira jasadnya mendapat makanan dan ditambah pula dengan makanan rohaninya. Anak Kunci Syurga. Berbahagialah sesiapa yang mendapat anak kunci itu. Kebahagiaan berkekalan di negeri akhirat.

Marlia said...

hai NorNaafi'..mis ingatkan cerita kamu ni cerita seram..rupanya fantasi...bagus penulisan kamu ni..awal cerita dan pengakhiran xseperti yang dijangkakan..kalau tambah sedikit conflict di pertengahan cerita dan ada climax lagi bagus..cerita lagi menarik..
k terus menulis....:)

Marlia said...

assalamualaikum afnan..
penulisan kamu berkisar tentang road tax yang hilang atau kunci yang hilang??atau kedua2nya sekali?kena jelas dengan cerita ya afnan..apapun jalan cerita masih boleh difahami..bagus..teruskan menulis.cuma ada beberapa kesalahan yang dikenalpasti..terdapat penggunaan bahasa pasar dalam penulisan..terdapat juga kesilapan tatabahasa dan penyusunan ayat...
perlu banyak membaca untuk menjana idea yang lbh kreatif..:)

Marlia said...

assalamualaikum khairul naim...sihat??

kalau la kata2 di atas ni ditulis oleh kamu..mis kagum..bagus...kamu boleh jadi pakar motivasi...
tapi penulisan kamu lebih berbentuk huraian..penjelasan tentang kejayaan bukannya jalan cerita..penulisan untuk penceritaan mestilah mempunyai character.character perlu membangunkan cerita seterusnya membawa mesej yang penulis nak sampaikan..berhati-hati bila kita mengambil (copy&paste) dari mana2 artikal tanpa membuat nota kaki (plagiarism)..ianya satu kesalahan...
teruskan menulis ya naim untuk menjana lebih byk idea...teruskan usaha dan selamat maju jaya!!..:)

Marlia said...

Assalamualaikum fauzan azima..

cerita kunci yang kamu tulis ni bagus. cuma tiada struktur cerita. dari awal sehingga akhir penulisan hanya menceritakan pendedahan kepada kunci ~ ada kunci sihir, kelebihan kunci, pilihan pengguna ~ sepatutnya kamu masukkan seorang watak yang membuat pilihan dan ceritakan pengakhiran kepada pilihan tersebut. teruskan menulis dan selamat maju jaya!!

Marlia said...

Assalamualaikum Farah..

cerita ni berkisar tentang diri kamu ke? kalau ya, semoga kamu berjaya menggapai cita-cita kamu. ok, dalam penulisan untuk penceritaan, kita perlu hasilkan satu cerita yang kita nampak jelas flow penceritaan. struktur cerita sangat penting. jika kamu ingin menyentuh tentang kejayaan, tunjukkan awalnya kamu seorang yang tidak bermotivasi, apa masalah yang kamu hadapi dan apa yang kamu perlukan untuk menyelesaikan masalah tersebut seterusnya membolehkan kamu mencapai cita-cita yang kamu impikan.

so, teruskan menulis farah...biasakan menulis dengan menggunakan plot. semoga kamu berjaya setiap masa..Insya-Allah..

Marlia said...

Assalamualaikum Waliyuddin..

penulisan yang baik. melalui sesi pembentangan di dalam kelas saya dapati kamu mempunyai idea yang kreatif dalam penulisan. teruskan menulis untuk menjana idea yang menarik...good luck

Marlia said...

Assalamualaikum Azizan 'Afi

bagus azizan..kamu pun antara pelajar yang berbakat dalam penulisan. sangat kreatif...teruskan menulis dan banyakkan membaca..good luck

Post a Comment

About Me

My Photo
Marlia
Education is very important in life. You must study hard and learn as much as you can.
View my complete profile

Followers

Remember!!

"A great concept is what we remember before we see the movie" "A great character is what we remember after we see the movie"

Favourite books

  • Cinta Fansuri
  • Designing a Digital Portfolio
  • Developing Digital Short Films
  • Digital Audio Essentials
  • Layar Perak dan Sejarahnya
  • The Screenplay Workbook (the writing before the writing)

Favourite Films

  • 1 Liter of Tears
  • 27 Dresses
  • Crow Zero
  • Dunia Baru the Movie
  • Horton Hears a Who!
  • Khurafat
  • KL Gangster
  • Laskar Pelangi